Wednesday, January 27, 2010

Kabarnyeee...

UKM tidak mahu pelajarnya dikaitkan dengan parti politik

BANGI 24 Jan. – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak mahu penuntutnya yang terlibat dalam pilihan raya kampus pada Khamis ini dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Profesor Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak berkata, pihaknya lebih suka melihat pelajar UKM mempunyai pendirian mereka sendiri dan bebas daripada sesuatu pihak.

“Di kampus UKM tiada lagi kes seperti ini kerana undian pilihan raya hanya akan berlangsung pada 28 Januari ini, “Kalau nak ikutkan konsep UKM, kami tak mahu mahasiswa ada kaitan dengan mana-mana parti politik terutama propembangkang,” katanya mengulas kecenderungan pelajar memilih calon-calon yang dilihat propembangkang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Larian 1 Malaysia di Kampus Induk UKM Bangi di sini hari ini.

p/s: sedang berkira2 samada nk vote ASpirasi atau GM..hehehe..mybe aku akan rosakkan undi esok..yihaa!!

sorang kosmet kami turut terlibat dlm p/ry kali ni..sempat amik gambar kat banner beliau..wakaka


Sunday, January 24, 2010

SCORPIONS nak bersara??


Band rock terkenal dari Jerman, Scorpions melabuhkan tirai nyanyian mereka selepas empat dekad menceburkan diri dalam industri muzik, lapor laman web kumpulan berkenaan semalam.

Band yang popular dengan lagu Wind of Change itu menyatakan bahawa anggota-anggota kumpulannya sepakat bahawa kerjaya muzik mereka sudah sampai ke penghujungnya.

Scorpions merupakan band rock Barat yang aku suka selain Poison, Implitteri, Guns n roses, Saxon, Hammerfall dan banyak lagi la..Lagu2 kumpulan Scorpion ni memang best..ada pengisian yang tersendiri..Seingat aku band tempatan yang pernah diberi penghargaan oleh kumpulan Scorpions untuk menyanyikan semula lagu mereka ialah Kumpulan Search..boleh la..Search pun rock hantu gak dlu..Jangan diorang bagi kumpulan Hujan n seangkatan dgnnya nyanyi semula lagu2 diorg sudah!!hancur lagu2 diorg yg sememangnya POWER plus A+ tu..hehehe

Antara lagu2 kumpulan Scorpions yang ada dlm koleksi lagu aku (actually byk lagi, tp aku juz mention lgu yg aku slalu dgr je la):-

Still loving you

Rock u like a hurricane

Holiday

Blackout (rock gler lgu ni)

Wind of change

Moment of glory

u n I

No one like u


p/s: masing2 da tua..memang ptot bersara..x g2??bg aku je continue korg punye perjuangan..hahahaha..keep rockin'..

APA dah JADI???

ALOR STAR: Sepasang suami isteri yang juga guru sekolah kebangsaan di sini, memfailkan saman malu RM1.5 juta terhadap tiga defendan termasuk dua bekas guru besar sekolah kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan mereka ketika mengajar di sekolah kebangsaan di sini.


Mohd Afandi Abd Hamid, 39, selaku plaintif, menamakan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah, Munajat Tamrin, sebagai defendan pertama, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Star, Noriah Murad, sebagai defendan kedua dan bekas guru besar SK Iskandar, Abdul Aziz Hanifa, sebagai defendan ketiga.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Afandi mendakwa bekas guru besar sekolah lamanya pada 2004, SK Iskandar dan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah bersekongkol untuk mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kerana wujudnya rasa tidak puas hati mereka terhadap plaintif.


“Saya dan isteri, Roziani Mohd Rozi, 38, guru SK Alor Star yang juga plaintif kedua mengemukakan saman malu terhadap ketiga-tiga defendan kerana bersubahat dalam urusan pentadbiran sehingga kami terpaksa menanggung malu dan beban. “Bekas guru besar SK Iskandar itu marah selepas saya membuat aduan kepada pihak atasan mengenai tingkah lakunya dan sejak itu dia mengaibkan dan memalukan saya dengan melemparkan pelbagai cerita buruk terhadap saya.


“Dia juga mempengaruhi bekas guru besar SK Alor Star, tempat isteri saya mengajar dengan menahan gaji isteri selama setahun kerana mengambil cuti sakit, selain tidak berpuas hati dengan tindakan saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Kedah. “Akibatnya saya ditukarkan ke SK Bukit Tampoi, Kuala Nerang pada 2005 di atas bantuan pegawai pelajaran terbabit,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, sejak ditukarkan ke sekolah itu, dia mengalami tekanan perasaan dan terpaksa mengambil cuti sakit satu setengah tahun akibat kejadian berkenaan. “Emosi saya semakin tertekan selepas perbuatan defendan menukarkan saya ke sekolah yang jauh dengan isteri. Perbuatan itu juga menyebabkan saya malu, sekali gus menjejaskan kerjaya saya sebagai pendidik sejak 15 tahun lalu.


p/s: hancur la sistem pddkn negara kalau cam ni lah gayanye..tetibe rs down je nak jd cikgu..no doubt la kalau org pandang rendah profesion perguruan..=(

****RENUNGKAN****


Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir

* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati,kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak danlumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar..maha suci ALLAH.



Saturday, January 23, 2010

LAa..RI-LAa..RIAN

Firstly, aku bersyukur sangat cz masih dipanjangkan umur oleh Allah hari ini..mana taknye, arini kena berlari 5 km oooo..jaoh 2..dah la x sempat nak makan. Nasib baik la idup lagi aku ni ha..Seramai 5 orang gadis Kajai telah terlibat menjayakan larian 1 malaysia ni.. Antaranya AKU (orang yg paling semangat sekali..bangun kul 6 cz takut lambat sampai stadium), rumate aku (cici), floormate (Nad, Bit dan Tiqah). Kami sebenarnya bercadang untuk mendaftar je..pas daftar ingatkan nak blik Kajai terus..tp nak buat cam ne, penganjur program cam tau2 je niat murni kami semua..Jalan ke kajai kena block dowh..aiyoo!!dah la pakai baju kajai yang mencapap (merah putih)..so, kalau kami lari dengan surenya mereka2 yg berada disitu dapat 'detect.' Nak tak nak, kena gak r sertai larian tu..larian ke??aku ase tak sesuai guna 'term' 2 cz kami jalan je kot..nak lari??oh tidak!!Dalam perjalanan untuk meghabiskan larian 2, kami sempat la amik gambar dan rakan video di mana aku bertindak sebagai pengacaranya...

Tapi yang paling memalukan dalam sejarah idup aku ialah aku dan nad berada dalam kelompok mahasiswi terakhir yang menamatkan larian tersebut. Actually bukan sebab kitorang tak kuat berlari tp saje nak bg peluang kat dak2 lain tunjuk kehebatan diorang berlari..aku malas nk show off sgt..wakakaka..yang paling menyayat hati, kami telah dikalahkan oleh golongan2 bersaiz XXl dalam larian 2..hahahaha..tp xpe la..seperti yang aku cakap td la kan..sje nk bg peluang kat mereka2 ni..tak gtu Nad??

Dalam misi menamatkan larian 2, aku ada gak r nampak kosmet2 aku..Antaranya, Ana, Kak fara, Anis, Sheli, Jo, Wan, Jess dan Lisa. Yang pastinya anda semua takkan nampak kelibat Cik Nisa dan Cik Fara yer..harap maklum..Wan tak lari pun..juz tgk org berlari..huh!Sheli lagi kejam..gelak kat aku..Kak fara tetibe tegur aku dari belakang dan sempat bgtau aku yang dia boleh cam aku cz dia kenal tudung aku..perlu ke Kak??hahaha..whatever la akak ni..Tapi kosmet2 aku ni kira bgus gk r..lari sampai penamat..aku dan floormate aku lari balik kolej..bukan pe, dah alang2 lalu depan kolej kan..balik teros je r..hahaha..kalo korg seme berada ditmpat aku korg pun akan buat mende yang sama..kan..kan..

p/s: pasni nak berlari lagi..lari dalam mimpi..hehehe



gaya cam atlet je..blah r as n da geng..wakakaka

MeNtOr OH MeNtOr

Hari Khamis yang lepas bertempat di bilik C11, aku dan Shan telah berjumpa dengan Dr Nooreiny yang bertindak selaku mentor kami berdua. Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam itu berjalan dengan lancar dan begitu harmoni. I like!!hehehe..Dr nooreiny memberi banyak nasihat kepada kami semua dan satu pesanan yang beliau berikan yang aku takkan lupa ialah 'we have to be nice with all the people around us..Be humble and give smile'. Part yang 'give smile' tu masalah besar gak la bagi aku cz aku ni memang tidak suka tersenyum.Tapi nak kata series tidak juga..Aku akui sape yang tak kenal aku mesti ingat aku ni sombong..hakikatnya, aku tidaklah seperti yang diorang sangkakan..Aku ni peramah lagi kelakar tau!!wakakaka..

Dr memberi banyak tugasan kepada kami semua. Beliau menyuruh kami menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran generik yang dinilai dalam SPKG, harapan kami untuk semester ini dan juga meminta kami menceritakan tentang aktiviti2 sosial yang boleh kami ikuti dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran generik, Dr nooreiny juga meminta kami menyediakan sebuah diari. Mungkin juga sebuah blog akan diwujudkan untuk memudahkan kami berinteraksi sesama sendiri. Begitu advance ye..hahaha..Ha satu lagi nak cerita..dr nooreiny bercadang untuk keluar menonton movie AVATAR sambil makan popcorn bersama kami..hahahaha..cadangan yang bagus dalam usaha merapatkan hubungan antara mentor dan mentee..tp belum tentu aku akan join cz aku memang tak suka tengok movie atau dispesifikkan lagi aku memang tak gemar keluar2 ni..hahaha..stamina kurang, bila keluar cepat penat..adakah itu satu alasan yang munasabah??lu pk r sendiri as...hehehe

P/s: Tulis pasal mentor kat blog..mcm la aku rjin sangat nak jumpa mentor..waha3

Thursday, January 21, 2010

PENGUASAAN GURU DALAM ICT DIUTAMAKAN


(makmal komputer kat sekolah lama aku..promote sekolah jap..hihi)


LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.

"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.
Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT. Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah. Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing. Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai. "Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.

"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya. Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi.

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah. Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.

"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya.



p/s: Ternyata bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menerima arus pemodenan dan teknologi. Penguasaan teknologi dalam kalangan warga pendidik begitu dititiberatkan oleh pihak kerajaan kerana kerajaan sedar bahawa teknologi merupakan wahana berkesan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kita kini berada di alam siber. Warga pendidik harus sedar akan realiti tersebut..Jadi, apa tunggu lagi,,marilah sama-sama kita memantapkan diri dan mempertingkatkan ilmu teknologi agar kita mampu menjadi seorang pendidik yang serba boleh..KAMI GURU MALAYSIA YAKIN KAMI BOLEH MELAKUKANNYA!!!